Kg Jawa, Klang, 25 Jun 2011 - Seramai 110 daripada 170 murid hadir untuk program motivasi UPSR hari ini yang diadakan di SRJK (T) Batu Ampat, Kg Jawa, Klang.

Program tersebut yang diadakan untuk mempersiapkan murid-murid untuk menghadapi UPSR turut melibatkan ibubapa apabila mereka dijemput hadir untuk mengambil buku laporan peperiksaan anak masing-masing di akhir program.

YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir bagi menyerahkan bantuan Kerajaan Negeri kepada sekolah tersebut yang kesemuanya berjumlah RM32,810 hari ini. Antara bantuan yang diserahkan adalah bantuan infrastruktur sebanyak RM20,000 yang diperuntukkan untuk membeli kerusi dan meja. 

Sebanyak RM5,310 diberi untuk yuran sekolah yang merupakan subsidi untuk murid-murid miskin sebanyak RM30 seorang.

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan wang untuk setiap PIBG sekolah Tamil, dan sumbangan RM7,500 telah diserahkan kepada pihak PIBG.


YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan bantuan yang diberikan dapat memberi keselesaan kepada murid-murid untuk terus belajar kerana dengan pendidikan taraf hidup dapat dipertingkatkan dan dapat mengubah nasib keluarga kepada yang lebih baik.







0 comments:

top