Serendah, 18 Jun 2011 - Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat pada hari ini telah menyerahkan geran tanah kepada Kuil Selva Vinayagar di Serendah.

Hadir menyerahkan geran tanah tersebut adalah YB Dr Xavier Jayakumar, Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Serendah, Kampung Dato' Harun dan dihadiri para pemimpin komuniti setempat.

Selain penyerahan geran tanah, Dr Xavier Jayakumar turut menyampaikan raket badminton dan bola sepak kepada kanak-kanak serta hamper barangan kepada warga emas.

Dr Xavier Jayakumar dalam ucapan beliau pada malam itu menekankan kepentingan pendidikan dalam mendidik anak-anak. Pendidikan begitu penting dan menjadi salah satu faktor yang dapat mengubah nasib sesebuah keluarga kepada yang lebih baik.

Pada majlis tersebut juga dimaklumkan enam buah ranting telah ditubuhkan dengan 1,300 orang ahli Parti Keadilan Rakyat.







0 comments:

top