Merasmikan Karnival Boom Boom

Taman Sri Andalas, Klang, 8 Mei 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah meluangkan masa untuk merasmikan Karnival Boom Boom yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang (HYO) pada hari ini.

Karnival yang diadakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Sukan Klang tersebut turut dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang dan Encik PS Rajoo, Ahli Majlis Perbandaran Klang.

Pelbagai program dan aktiviti diadakan di karnival tersebut, antaranya latihan kepimpinan, persembahan oleh kanak-kanak dan permainan serta jualan makanan di gerai-gerai yang dibuka.

Kupon-kupon turut dijual kepada orang ramai bagi meraih dana untuk Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang (HYO). Orang ramai terus berpusu-pusu menghadiri karnival tersebut sejak awal pagi.


YB Dr Xavier Jayakumar yang juga penaung, turut menyertai beberapa aktiviti dan sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.














0 comments:

top