Sri Andalas, 12 April - Seramai sepuluh orang pelajar dari kawasan DUN Sri Andalas telah menerima bantuan sumbangan basikal.

Pemberian sumbangan basikal buat kali kedua dalam tahun ini di DUN Sri Andalas telah disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar.

Pemberian sumbangan basikal ini adalah sebahagian daripada program membiaya yuran bas sekolah bagi lebih 75 orang pelajar. Disebabkan sambutan yang menggalakkan serta permohonan yang tinggi, Dr Xavier mengambil keputusan untuk membuat sumbangan basikal berbanding yuran bas sekolah kepada pelajar-pelajar yang lebih berusia di sekolah menengah terutamanya pelajar-pelajar lelaki.

Pemberian basikal lebih bermanfaat kerana pelajar-pelajar bukan sahaja boleh menggunakannya untuk berulang-alik ke sekolah pada setiap hari persekolahan  malah dapat menggunakannya untuk aktiviti kokurikulum yang diadakan pada hujung minggu persekolahan. Pemberian basikal juga dilihat memberi manfaat jangka panjang kepada mereka.


Dr Xavier ketika menyampaikan basikal di Asogo,  berpesan kepada semua penerima sumbangan basikal supaya sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dijalan raya serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

0 comments:

top