Kerajaan Selangor Cadang Bantu Rakyat Sarawak

SHAH ALAM 5 April - Kerajaan negeri bercadang menyalurkan bantuan melalui pelbagai saluran kepada penduduk Sarawak bagi membaik pulih beberapa kawasan di negeri tersebut menjelang Pilihanraya Sarawak pada 16 April nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika ditemui berkata, kesemua exco bersetuju untuk memberi bantuan kepada rakyat negeri Sarawak menerusi beberapa program yang dicadangkan di kawasan berkenaan.

“Bantuan ini adalah melalui kerajaan negeri di mana kita akan bina sebuah rumah panjang yang sebelum ini terbakar iaitu sebanyak 18 pintu. Selain itu, kerajaan negeri juga akan membina serta membaik pulih beberapa masjid dan surau untuk setiap kawasan masing-masing.

Dr Xavier menjelaskan, jumlah peruntukan yang bakal disalurkan kerajaan negeri kepada negeri Bumi Kenyalang itu adalah sebanyak RM500,000 dan ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


Sumber: Selangorkini

0 comments:

top