Krian, 16 April 2011 – YB Dr Xavier Jayakumar yang diamanahkan menjaga DUN Krian bagi kempen Pilihanraya Negeri Sarawak N34 DUN Krian telah berjaya mencapai matlamatnya apabila jentera pilihanraya PKR berjaya membantu Ali ak Biju merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional.

Dr Xavier Jayakumar yang berada di Krian hampir setiap hari sepanjang kempen pilihanraya mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua petugas jentera pilihanraya Pakatan Rakyat di Krian terutamanya jentera pilihanraya PKR Kota Raja yang datang jauh dari semenanjung untuk membantu kemenangan Ali ak Biju.

Persaingan empat penjuru diantara calon PKR, Ali ak Biju dengan calon BN-SPDP, Datuk Peter Nyarok ak Entrie, calon SNAP, Liman ak Sujang dan calon Bebas, Banyi ak Beriak menyaksikan kemenangan berpihak kepada PKR dengan kemenangan majoriti 2,090 undi.


Keputusan Rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak bagi N34 DUN Krian
ALI AK BIJU (PKR).............................5,178
Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)........3,088
Liman ak Sujang (SNAP)..........................216
Banyi ak Beriak (Bebas).........................125

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,674
Peratus/Percentage...............................78.87%
Undi rosak/Spoilt votes.............................67
Majoriti/Majority................................2,090

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089 

Keputusan Tidak Rasmi Kemenangan Seawal Jam 2.30 Petang
Dun Krian dengan lebih 90 peratus pengundi adalah dari kalangan kaum Iban menyaksikan Ali ak Biju mendahului pengiraan 46 daripada 49 peti undi dengan kelebihan 2,000 undi ketika proses pengundian berjalan pada pukul 2.30 petang.

Majoriti itu dilihat terlalu besar bagi pencabar lain untuk memintas calon PKR tersebut sekaligus kemenangan tidak rasmi diperolehi PKR.


Para pengundi datang ke pusat pengundian untuk mengundi

Para pengundi beratur menunggu giliran mengundi

Para pengundi yang terdiri 90% kaum Iban

Calon PKR, Ali ak Biju bersama rakyat

Dr Xavier Jayakumar bersama Ali ak Biju semasa keputusan tidak rasmi diketahui


Penolakan Pemerintahan BN Oleh Rakyat DUN Krian 
Kemenangan PKR di DUN Krian adalah bukti jelas bahawa rakyat di DUN tersebut menolak pemerintahan BN yang telah memerintah sejak sekian lamanya. 

Siaran di TV dan media pro BN sejak kempen pilihanraya bermula yang melaung-laungkan Sarawak Maju ternyata tiada kebenarannya apabila Dr Xavier serta jentera pilihanraya turun ke Krian. 

Rakyat di rumah panjang hidup dalam keadaan yang sangat daif dengan tiada kemudahan asas yang sepatutnya. Mereka yang tinggal di rumah panjang di Krian mendapatkan sumber air dari sungai berdekatan. Tiada sistem kumbahan yang baik yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Elektrik pula dibekalkan secara terpilih ke unit-unit dalam rumah panjang yang hanya menyokong pemerintahan BN. Jalan yang mengubungkan ke rumah-rumah panjang masih lagi tidak bertar. Janji-janji manis setiap kali pilihanraya yang ditaburi pemimpin-pemimpin BN tidak dikotai.

Berikutan keadaan tersebut, rakyat yang sudah jemu dengan janji palsu BN mengambil keputusan untuk ‘UBAH’ dengan memilih Ali ak Biju sebagai wakil rakyat mereka. Sila baca dengan lanjut artikel ‘Meninjau Keadaan Penduduk Rumah Panjang di Ulu Krian, Sarawak’ di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/03/meninjau-keadaan-penduduk-rumah-panjang.html

Keberkesanan Kempen Jentera Pilihanraya PKR 
DUN Krian yang diletakkan di bawah jagaan Dr Xavier sepanjang kempen pilihanraya memperlihatkan kempen yang tersusun dan berkesan yang menyumbang kepada kemenangan Ali ak Biju.

Kedatangan Dr Xavier Jayakumar dengan jentera pilihanraya PKR dari Kota Raja memberi harapan kepada rakyat di DUN tersebut yang menunjukkan kerajaaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Kempen yang tersusun juga menyerlahkan Ali ak Biju. Dengan kerjasama jentera pilihanraya setempat, lima buah billboard besar telah diletakkan ditempat-tempat strategik di pekan Seratok dan kawasan sekitarnya. Sila baca artikel ‘Calon Keadilan DUN Krian Paling Menyerlah’ di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/04/calon-keadilan-dun-krian-paling.htm

Kesungguhan dan keberkesanan kempen yang dijalankan telah mengundang ‘ketakutan’ dari penyandang kerusi tersebut yang mengancam untuk ‘potong’ Pembantu Khas Dr Xavier iaitu Abdul Razak Bin Ismail. Ancaman yang sama turut dibuat kepada Dr Xavier. Sila baca artikel ‘Calon BN DUN Krian Ugut ‘Potong’ Pemimpin / Petugas PKR Selangor’ di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/04/calon-bn-dun-krian-ugut-potong.html

Walaupun ancaman serius seperti itu dibuat, jentera pilihanraya PKR tetap bersungguh-sungguh melakukan kempen demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat DUN Krian. Dr Xavier yang melawat sekitar DUN Krian telah melawat mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang dan mengusahakan bantuan untuk mereka. Kerajaan Negeri Selangor melalui Dr Xavier Jayakumar yang juga diamanahkan portfolio Kerajaan Prihatin menyumbangkan RM360,000 untuk mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang tersebut. Sila baca artikel ‘Selangor Beri Sumbangan RM360,000 Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Panjang, Krian, Sarawak’ di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/04/selangor-beri-sumbangan-rm360000-kepada.html 

15 Kerusi Dimenangi, Peningkatan Buktikan Rakyat Mahu Perubahan
Kemenangan Ali ak Biju di DUN Krian adalah salah satu daripada lima belas kerusi yang berjaya dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini. Peningkatan jumlah kerusi ini membuktikan rakyat Sarawak mahukan perubahan.

0 comments:

top