Batu Gajah, Perak, 20 Mac 2011 -YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor telah meluangkan masa ke Cabang Keadilan Batu Gajah bagi menyempurnakan program pelancaran Buku Jingga dan Seminar ‘Masyarakat India Abad 21’ petang tadi.

Turut hadir ialah YB Sivakumar Speaker Dun Perak merangkap Adun Tronoh, Perak, Sdra Lee Soo Har Ketua Cabang, AJK Cabang Batu Gajah  dan beberapa orang lagi ahli Panel yang membentangkan kertas seminar masing-masing.

Dalam ucapan alu-aluannya Dr. Xavier menegaskan bahawa parti-parti dalam Pakatan Pakyat iatu Keadilan, DAP dan Pas adalah komited untuk merealisasikan agenda yang terkandung dalam Buku Jingga  dalam memastikan ianya terlaksana apabila Pakatan Rakyat berjaya menjejak kaki ke Putrajaya.

Tegas beliau kerajaan UMNO/BN telah gagal sejak 53 tahun merdeka dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan Negara yang makmur sebaliknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan UMNO/BN telah memainkan isu perkauman yang sempit dalam usaha menarik perhatian rakyat untuk terus menyokong mereka.


Ujarnya lagi isu novel Interlok jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak peka dan sensatif terhadap perasaan masyarakat India yang mewakili kaum ketiga terbesar di Malaysia.

Tegasnya lagi kerajaan BN mengamalkan sikap ‘pilih kulit’ apabila bertindak menangkap setiap orang India yang kelihatan di persekitaran KLCC semasa perhimpunan masyarakat India bulan lepas tetapi tidak mengambil sebarang tindakan apabila Perkasa, Pekida dan NGO pro-UMNO mengadakan beberapa siri demonstrasi terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Tambah beliau lagi kerajaan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi di Selangor telah mengambil beberapa pendekatan dalam usaha pembasmian kemiskinan di seluruh negeri Selangor.

Usaha-usaha agresif sedang dijalankan bagi membantu sekolah-sekolah Tamil dan anak-anak  pekerja ladang  di negeri Selangor.

Pelbagai bantuan telah diberi untuk menaikkan taraf pendidikan di sekolah dengan pemberian dana bagi membaikpulih infrastruktur sekolah, pembinaan kelas tambahan,  pembelian kerusi meja baru dan juga pembinaan beberapa buah makmal komputer di beberapa buah sekolah tamil.

Anak-anak pekerja ladang juga dibantu dengan pemberian subsidi bas sekolah bagi meringankan  bebanan kewangan ibubapa mereka yang rata-rata miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau mengucapkan syabas kepada AJK penganjur kerana berjaya mengadakan program tersebut.






0 comments:

top