Saratok, Sarawak, 15 Mac, 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor telah meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Unding, Sungai Jerak, Ulu Krian dekat sini. 

Kebakaran tersebut berlaku pada 14 Mac, 2011 yang memusnahkan keseluruhan 20 pintu rumah dengan isi rumah seramai 150 orang. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dikejarkan ke Hospital Saratok akibat melecur seluruh badan tetapi malangnya meninggal dunia 2 hari kemudiannya.

Beliau yang ditemani oleh bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju dan beberapa orang jawatankuasa Dun Krian telah meninjau tapak kebakaran tersebut dan kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada mangsa-mangsa kebakaran.


Mangsa-mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan kepimpinan Keadilan terhadap kepayahan yang mereka hadapi.

YB Dr. Xavier berkata bahawa beliau akan berusaha mendapatkan sumbangan dana kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu mereka membina semula rumah panjang yang baru tidak jauh dari di tapak kebakaran.

** Nota : Bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju berdiri sebelah YB Dr. Xavier (memakai baju kotak-kotak berwarna merah)







0 comments:

top