1) YB Dr. Xavier Jayakumar menafikan sekeras-kerasnya laporan media internet yang dibuat oleh wartawan B. Nantha Kumar dari Free Malaysia Today bertajuk ‘Xavier Pleads To Be Retained As Exco’ yang disiarkan   pada Selasa 22 Februari 2011.

2) YB Dr. Xavier menggangap bahawa laporan tersebut berniat jahat  untuk memburuk-buruk imej beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (Exco). Beliau menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap beliau adalah palsu dan tidak berasas.

3) Beliau mengesa Free Malaysia Today menarik balik artikel tersebut dari laman web media tersebut dengan SERTA MERTA dan memohon maaf dengan SERTA MERTA.

4) Beliau juga meminta wartawan B. Nantha Kumar memohon maaf kepada beliau dengan SERTA MERTA dengan membuat pengakuan bahawa segala laporan dibuat dalam artikel tersebut semuanya adalah palsu dan bohong.

5) Beliau juga mahukan Editor dan Pengurusan akhbar Tamil Nesan yang turut menyiarkan artikel tersebut di dalam akhbarnya pada hari ini untuk menarik balik artikel yang disiarkan dengan SERTA MERTA dan membuat pengakuan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

6) Kegagalan ketiga-tiga pihak ini iaitu (1) Pengurusan Free Malaysia Today 2) Wartawan B. Nantha Kumar 3) Editor / Pengurusan Akhbar Tamil Nesan untuk meminta maaf kepada YB Dr. Xavier Jayakumar dengan SERTA MERTA akan menyebabkan YB Xavier Jayakumar tiada pilihan melainkan untuk mengarahkan Peguam beliau  menyaman ketiga-tiga pihak ini di mahkamah tanpa sebarang Notis.   


YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
Tarikh : 23 Februari 2011

0 comments:

top