Kerajaan Negeri Selangor membantah rancangan Kerajaan Pusat melepaskan nyamuk aedes yang menjalani kejuruteraan / pengubahsuaian genetik, ‘Genetically Modified’ (GM) sebagai satu ujikaji penghapusan denggi. Sebarang bentuk eksperiman berkaitan pelepasan nyamuk GM ini menyebabkan risiko terdedah kepada ujikaji yang boleh mengakibatkan kesihatan awam dan alam sekitar terjejas.

Nyamuk GM Sebagai Penghapus Denggi

Kaedah penghapusan denggi ini menggunakan nyamuk transgenik untuk membendung penyakit denggi bawaan vektor. Ujikaji ini melibatkan pelepasan nyamuk jantan GM, Aedes aegypti (OX513A) yang membawa gen “pembunuh”, untuk mengawan dengan nyamuk betina liar yang boleh menyebabkan kematian progeni (keturunan) kedua-duanya.


Pertikaian Ujikaji, Kebimbangan dan Risko Perlu Ditanggung Orang Awam serta Alam Sekitar

Hasil kajian yang ada seperti yang dilaporkan menyatakan larva nyamuk yang terhasil selepas nyamuk jantan GM mengawan dengan nyamuk betina liar hanya akan mati dengan kehadiran tetracycline dalam alam sekitar. Namun ada beberapa pihak memepertkaikan pendapat ini seperti yang dinyatakan oleh aktivis alam sekitar, Gurmit Singh selaku Pengarah Eksekutif Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan, Malaysia (CETDEM);

“Once you release these GM mosquitoes into the environment, you have no control and it can create more problems than solving them. If the larvae come into contact with the tetracycline, the chances of the larvae surviving are higher than it dying off. We don’t know how the genetic flow will be affected. The non-targeted species might be adversely affected and increase the risk of ecological harm.”

Begitu juga tiada jaminan bahawa kesemua nyamuk dan larva yang dibebaskan berjaya dihapuskan. Adakah pihak yang bertanggungjawab membebaskan nyamuk GM ini boleh mengenalpasti nyamuk-nyamuk ini kemudian? Adakah mereka akan memeriksa seekor demi seekor kualiti jangka hayat umur mereka? Bolehkah mereka memastikan semua nyamuk GM ini mati? Bagaimana jika ada sebahagian daripadanya yang hidup lama?

Beberapa kajian lain juga menunjukkan aedes aegypti boleh kekal sebagai larva selama berbulan-bulan selagi suhunya sejuk dan bekalan airnya mencukupi.

Satu lagi kebimbangan yang perlu disuarakan ialah impak ujikaji ini kepada populasi serangga lain, yang sesetengahnya lebih berbahaya daripada aedes aegypti, mungkin akan menghuni di kawasan yang dikosongkan oleh nyamuk-nyamuk terbabit. Misalnya jika nyamuk aedes aegypti berjaya mengatsi jumlah nyamuk liar, ia boleh menyebabkan pertambahan nyamuk aedes albopictus, yang menyebarkan wabak chikugunya dan denggi.


Kos Mahal Berterusan Ditanggung Rakyat

Disebabkan transgen mati bersama nyamuk berkenaan, ini bermakna nyamuk GM perlu dilepaskan secara berterusan. Kerajaan Pusat akan menngunakan wang yang banyak untuk proses melepaskan nyamuk GM sekalipun tiada jaminan mengenai keselamatannya. Tindakan ini seterusnya akan membebankan rakyat secara berterusan. Kerajaan Pusat sepatutnya mencari kaedah yang lebih baik serta berkesan.

Pencegahan Adalah Tindakan Yang Betul

Disebalik bantahan ini, saya ingin menekankan kepada semua pihak bahawa tindakan yang betul bagi mengelakkan denggi berlaku adalah langkah pencegahan yang berterusan. Rakyat terutamanya perlu sedar akan kepentingan menjaga kebersihan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi ini.

Tanpa kesedaran umum ini, denggi tidak dapat dicegah dan langkah Kerajaan Pusat melepaskan nyamuk GM hanya akan membawa kesan kepada orang awam dan alam sekitar.

Kajian yang lebih terperinci terhadap kaedah-kaedah pencegahan  dan penghapusan denggi sepatutnya dibuat dengan lebih baik dan terancang tanpa melibatkan ujikaji secara terbuka.

Sekiranya Kerajaan Pusat meneruskan rancangan ini, mereka patut berjanggungjawab ke atas kesan jangka masa panjang yang mungkin memakan masa dua puluh tahun akan datang untuk diselesaikan.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
PENGERUSI TETAP JAWATANKUASA KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN
DAN KERAJAAN PRIHATIN NEGERI SELANGOR

0 comments:

top