Dr Xavier Bertanding Jawatan Naib Presiden PKR

Petaling Jaya - YB Dr Xavier Jayakumar telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat pada Pemilihan Peringkat Pusat 2010. Borang pencalonan dan ucapan penerimaan beliau telah diserahkan kepada Ibu Pejabat PKR pada Hari Penerimaan Pencalonan yang berlangsung semalam.

Bertempat di sekitar berhampiran ibu pejabat parti, penyokong-penyokong beliau telah pun hadir seawal pukul 9 pagi bagi menyatakan sokongan kepada beliau.

Kira-kira pukul 10.30 pagi Dr Xavier Jayakumar telah hadir ke tempat pencalonan. Bersama-sama penyokong setianya dari cabang Kota Raja, beliau berarak bersama-sama calon lain iaitu calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti iaitu YB Azmin Ali dan calon bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, YB Shuhaimi Shafiei.





Dr Xavier kemudiannya menyampaikan ucapan penerimaan pencalonan sebagai naib presiden.



Dr Xavier sempat beramah mesra dan bertanya khabar dengan ahli-ahli parti dan calon-calon lain sebelum bertolak ke Dewan Sivik MBPJ bagi menghadiri program Pidato Manifesto YB Azmin Ali Reformasi Menuju Putrajaya.


Lawati Facebook YB Dr Xavier Jayakumar untuk melihat foto-foto pada hari Penerimaan Pencalonan serta video-video pada hari tersebut.

0 comments:

top