Persatuan Pegawai-pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) mengecam keras tindakan Polis yang bertindak secara kekerasan menyurai serta menghalang orangramai daripada mengadakan upacara memasang lilin di di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Seramai 36 aktivis termasuk lapan wanita ditahan polis kerana menyertai  perhimpunan upacara nyalaan lilin sebagi simbolik membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di 8 tempat di seluruh Negara sebagai simbolik bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Ahad, 1 Ogos yang lalu.

Selproa mengecam tindakan polis yang berterusan mencabuli kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu.
 

Selproa menggesa Datuk Shafee Abdullah yang mewakili Malaysia di peringkat serantau Negara-negara Asean  dalam AICHR (Asean Inter Governmental Commission of Human Right) agar segera menghantar notis bantahan keras kepada Kerajaan Malaysia terhadap pencabulan hak asasi manusia  ini serta segera  menfailkan bantahan keras  ini kepada Sekretariat  Asean di Jakarta. 
Selproa turut menyokong gesaan bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)  agar Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Setelah 53 tahun Merdeka kita beranggapan bahawa demokrasi di Malaysia sudah dikira matang tetapi  sebaliknya tindakan  menangkap secara beramai-ramai pada malam Ahad lalu menunjukkan bahawa kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat, seolah-olah Malaysia telah memasuki era ‘Negara Polis’ dan slogan yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak “Rakyat didahulukan” adalah retorik dan omong-omong politik kosong semata-mata.

0 comments:

top