Enam lagi kes kluster ILI dikesan

Sebanyak enam laporan kejadian kluster baru penyakit serupa influenza (ILI) dikesan di enam negeri sehingga jam 8 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Enam negeri berkenaan ialah Kedah, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka. Katanya, sehingga jam 5.30 petang semalam, jumlah terkumpul kes ILI yang masih dirawat di hospital seluruh negara adalah sebanyak 713 kes. Beliau berkata, daripada jumlah itu, 131 kes disahkan positif Influenza A (H1N1).

"Bilangan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 13 kes dengan sembilan daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, sehingga 5.30 petang semalam, sebanyak 64 kes disahkan H1N1 dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes itu adalah 14,202.


Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan H1N1 boleh melayari laman sesawang http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau hubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300. 

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

top