NGO Nafi Seleweng Peruntukan, Bidas Tuduhan PIBG




Badan-badan bukan kerajaan yang dilantik untuk menguruskan pembangunan sekolah-sekolah Tamil di Selangor nafi mereka telah menyeleweng peruntukan kerajaan negeri.

Tiga NGO terbabit – Pusat Pembangunan Pendidikan Maklumat Anak-Anak (CHILD), Yayasan Kajiselidik dan Kebajikan Pendidikan (EWRF) dan Yayasan Tamil – membidas tuduhan Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Klang dalam satu sidang akhbar semalam.

"Kami mengaku telah menerima RM1.588 juta dar Kerajaan Selangor. Dan kami bangga dengan kepercayaan yang diberikan," kata koordinator program untuk NGO, K.Arumugam.



Jumlah peruntukan yang diberi kepada tiga NGO ini adalah RM1,588,380. Dari jumlah ini, Child menerima kira-kira RM850,144, manakala EWRF dan Yayasan Tamil masing-masing menerima RM358,257 dan RM424,980.

Selain itu, pelbagai program telah diatur oleh tiga badan kerajaan kepada 97 buah sekolah tamil di Selangor.

Antara program yang dianjurkan adalah pembinaan 15 tadika mensasarkan 300 murid-murid termiskin, pemantapan matapelajaran bahasa Inggeris selama tujuh bulan membabitkan 1000 murid dari 19 sekolah dan siri pemantapan penulisan Lady Bird melibatkan 3,730 murid dari 25 sekolah.

Selain itu, badan ini juga bertanggungjawab meninjau tanah-tanah yang berpotensi untuk membangunan sekolah baru, dengan kerjasama 61 sekolah Tamil dan program pasca Ujian Penilaian Sekolah Rendah selama 21 hari membabitkan 546 murid.

Presiden EWRF, Mr S Pasupathy turut sempat mengulas dana yang telah diberi telah berjaya antaranya Majalah untuk kanak-kanak, Elanthaliar.

"Kami sangat gembira kerana Kerajaan Negeri telah memberikan kami peruntukan sebanya RM358,257 untuk menjalankan 3 projek. Antara projek yang dijalankan oleh kami ialah Elanthaliar, majalah kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris-Tamil-Bahasa Malaysia. Dan ia sangat berkualiti tinggi," ujar presiden EWRF.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

top