Kerajaan Negeri Serah Cek Bantuan Kepada 16 PIBG



Shah Alam, 19 Jan 10-  Exco Kesihatan, Perkerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar hari ini menyerahkan cek kepada kepada 16 Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) sekolah Tamil di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Penyerahan cek ini adalah kali kedua selepas kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor.
Wakil PIBG dari sekolah-sekolah Tamil ini hadir bagi menerima cek untuk bantuan pembelian kerusi, meja bilik darjah serta meja dan kerusi untuk kantin sekolah.

Xavier turut menerangkan kepada para wakil PIBG yang hadir berkenaan dengan dana yang disalurkan ini.
“Ini bukan yang dilakukan oleh pejabat saya atau pun yang dilakukan oleh pejabat Menteri Besar, tetapi bila
kita hantar surat kepada semua sekolah-sekolah Tamil, apa yang kita terima ialah PIBG dan sekolah minta bantuan dan kerajaan negeri ada peruntukan yang telah disahkan oleh Dewan Undangan Negeri sebagai bajet 2008, saya diberi tugas untuk menyalurkan peruntukan ini” ujarnya.

16 cek telah diserahkan kepada 16 buah sekolah aliran Tamil di Selangor.

Difahamkan sebanyak RM 4 juta diperuntukkan setiap tahun oleh kerajaan negeri untuk membantu sekolah-sekolah Tamil di Selangor ianya termasuklah bantuan dari sudut insfrastruktur dan juga bantuan Program Pendidikan sekolah-sekolah Tamil.

Hadir sama pada majlis penyerahan cek ini ialah ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

0 comments:

top