Isu Peruntukan Sekolah Tamil - RM1.67 Juta

Saya ingin membuat penjelasan berhubung isu tersebut seperti berikut:-

1) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bersidang kali ke 16 pada 20 Mei 2009 yang lalu telah memutuskan bahawa sejumlah RM4 Juta diluluskan bagi Program Pendidikan Sekolah-sekolah Tamil 2009 di Selangor dimana ‘Outright Grant’ sebanyak RM1,588,381 telah diluluskan kepada 3 Badan Bukan Kerajaan (NGO’s) iatu CHILD, EWRF dan Tamil Foundation di bawah program ini.

2) Keputusan pemberian peruntukan kewangan Negeri merupakan bidang kuasa dan budi bicara (prerogative) kerajaan Negeri berdasarkan kelayakan dan pengalaman Penerima geran tersebut.



3) Kerajaan Negeri telah melakukan penyelidikan selama 6 bulan terhadap kertas cadangan yang dikemukan oleh NGO-NGO tersebut untuk program menaikkan taraf pendidikan Sekolah-sekolah Tamil di Negeri Selangor.

4) Setelah mendapat pelbagai pandangan dan maklum balas dari pihak-pihak yang prihatin terhadap pendidikan di Sekolah-sekolah Tamil, Kerajaan Negeri telah berpuashati dan seterusnya bersetuju untuk mengadakan kerjasama  pintar dengan NGO’s berkenaan bagi tujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar Sekolah Tamil di Negeri Selangor.

Lantaran itu isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu sejak kebelakangan ini adalah tidak berasas.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Tarikh 19 Januari 2010

0 comments:

top