Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar meminta supaya semua pihak diberi masa dan peluang dalam mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu tanpa memerlukan sebarang ugutan dikeluarkan.

Katanya pertubuhan penganut agama Kristian juga perlu diberi masa mengadakan perbincangan di kalangan mereka dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun bahawa akhbar The Herald perlu sedia menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah.



"Saya rasa kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang sahaja tidak boleh diterima semua. Kalau dia hendak mengeluarkan sesuatu keputusan perlu dibuat dari persatuan".

"Mereka pun telah bincang, mereka semua sekarang dalam satu situasi di mana mereka mahu selesaikan masalah. BAgilah peluang kepada mereka untuk mereka berbincang bersama, dia setuju berbincang dengan parti-parti sama ada kita (Pakatan), BN dan semua orang," katanya

Beliau menyifatkan kenyataan Clarence Bongkos itu sebagai pandangan peribadi.

Sementara itu, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, semua pihak harus bertenang kerana segala permasalahan dapat diselesaikan menerusi mesyuarat.

"Semua pihak bertenang jangan menari ikut gendang pihak tertentu yang buat dan tengok balik dalam al-Quran ada surah yang mana bermesyuwarah itu penting dan banyak sirah menunjukkan perbincangan Rasulullah dengan pelbagai kaum,"katanya.

Sumber: TVSelangor.com

0 comments:

top