Rumah Terbuka Peringkat Selangor Meriah

Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Selangor 2009 anjuran Kerajaan Negeri Selangor semalam disambut dengan sangat meriah.

Orang ramai pelbagai kaum tidak melepaskan peluang untuk bersama meraikannya bersama pemimpin Pakatan Rakyat Selangor dalam suasana muhibah.



Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali, iaitu pesta cahaya, merupakan gabungan perkataan Dipa yang beerti cahaya dan Gavali beerti barisan.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.

“Seronok, memang seronok, sebab budak-budak semua dah dapat angpau, lepas tu ada makanan lagi, lepas tu ada nyayian lagi semua memang seronok”, kata Ravender Subramaniam, USJ 3 Subang Jaya.

Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Selangor ini dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menyalakan lampu pelita gergasi simbolik kesucian bagi penganut agama Hindu.

Kira-kira 30 ribu pengunjung hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Majlis yang gilang-gemilang ini turut dijayakan bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya selaku tuan rumah bagi sambutan perayaan kali ini.

Selain juadah yang lazat, jemputan juga disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan Malaysia untuk menyambut kedatangan orang ramai.

“Memang baguslah untuk masyarakat sebab kita penduduk berbilang kaum”, Arshad Hashim, Dengkil, Sepang.

Bagi kanak-kanak yang hadir, pemberian angpau daripada pemimpin sangat mengembirakan mereka.

Turut hadir pada majlis itu Exco Selangor, Rodziah Ismail, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Datuk Hassan Ali dan Datuk Bandar MBPJ.

Sumber: TVSelangor


0 comments:

top