Sabak Bernam, 15 Oktober 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor kesal dengan sikap Kementerian Pelajaran Malaysia yang membina sebuah sekolah Tamil begitu hampir dengan talian kabel bervoltan tinggi TNB.

Beliau telah melakukan lawatan mengejut ke tapak pembinaan SJK Tamil Ladang Sabak Bernam baru-baru ini.

Tanah tersebut adalah milik syarikat perladangan Sime Darby yang telah diserahkan kepada kementerian untuk pembinaan sekolah tersebut.

Beberapa orang ibubapa dan PIBG sekolah tersebut melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kementerian untuk menerima lokasi tapak tersebut tanpa terlebih dahulu merujuk kepada mereka agar berunding dengan pihak Sime Darby untuk lokasi yang lebih sesuai yang terletak di lokasi bersebelahan yang lebih jauh dari talian kabel TNB tersebut.

YB Dr Xavier mengatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran agar memindahkan sekolah tersebut seperti lokasi yang dicadangkan oleh ibubapa. Beliau juga menegaskan bahawa beliau akan menghubungi pihak Yang Dipertua serta Jabatan Perancang Majlis Daerah Sabak Bernam untuk mendapatkan maklum balas bagaimana pihak Majlis boleh meluluskan pelan lokasi tapak sekolah tersebut tanpa mengambil kira tapak tersebut begitu hampir dengan kabel TNB tersebut. Tegas beliau lagi lokasi sekolah yang begitu hampir dengan talian bervoltan tinggi TNB tersebut membahayakan keselamatan murid-murid dan ibubapa serta guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain.





0 comments:

top