Pembersihan Longkang di Taman Sentosa

Taman Sentosa - Kerja-kerja pembersihan longkang telah dilakukan dengan giatnya bagi kemudahan orang ramai. Selama tiga minggu pada bulan Mei yang lepas, para kontraktor yang ditugaskan telah bekerja dengan keras bagi memastikan longkang bersih dan bebas dari sekatan sampah-sarap.

Kerja-kerja pembersihan ini telah diadakan bagi longkang-longkang di Jalan Laksamana 9, 10, 11, 12, 13 dan 15. Begitu juga di Jalan Yusof Shahbuddin 19 dan 20.







Pembersihan longkang di kawasan ini adalah penting bagi mengelakkan saluran longkang tersumbat. Saluran yang tersumbat bukan sahaja akan menyebabkan banjir malah menggalakkan pembiakan nyamuk serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan serta bau yang tidak menyenangkan.


Sebelum di bersihkan

Selepas di bersihkan

Walaupun kerja-kerja pembersihan diadakan dari masa ke semasa, kesedaran orang ramai terhadap kebersihan terutamanya saluran longkang ini adalah penting dan perlu ditekankan kebersihan saluran longkang adalah tanggungjawab bersama. Sampah-sarap seperti botol, beg plastik serta bahan buangan pejal seharusnya dibuang menggunakan kaedah yang betul dan bukannya dibuang ke dalam saluran longkang.

Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebabkan longkang tersumbat


Semasa kerja-kerja pembersihan, didapati kebanyakan penduduk telah menutup masuk sepenuhnya saluran longkang. Ini menyebabkan para kontraktor mengalami kesukaran untuk mengadakan pembersihan. Dengan itu kontraktor terpaksa memecahkan lantai yang menutup masuk saluran longkang yang dibuat oleh penduduk. Perkara seperti ini bukan sahaja menyukarkan kerja-kerja pembersihan malah mengambil masa serta meningkatkan kos pembersihan.






Walaupun begitu, kebanyakan penduduk kini sedar serta semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan, mereka turut serta bekerjasama dan gembira dengan hasil pembersihan tersebut. Berikut adalah wajah-wajah yang gembira dengan kerja pembersihan yang telah dibuat:






Dengan adanya kesedaran orang ramai serta kerja-kerja pembersihan longkang yang berterusan, pembiakan nyamuk akan berkurangan dan secara tidak langsung kes denggi akan berkurangan.

0 comments:

top