Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas 2015

Sekitar majlis sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas di Sou Gui Miao, Taman Saujana Jati, Klang pada 28 Februari 2015.









Klang, 16 Februari 2015 - Satu sidang media bersama para penduduk Taman Sentosa, Klang telah diadakan dengan ADUN Seri Andalas, YB Dr. Xavier Jayakumar pada pukul 2.00 petang hari ini.

Para penduduk telah pun menyatakan kebimbangan mereka terhadap kadar jenayah samun, ragut dan pecah rumah yang semakin meningkat. Seramai 15 penduduk yang hadir dalam sidang media ini berkata mereka telah menjadi mangsa samun dan telah membuat laporan polis, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan atau maklum balas dari pihak berkuasa.

YB Dr. Xavier Jayakumar sebelum ini telah berulang kali meminta supaya satu dialog bersama PDRM diadakan namun tidak mendapat maklum balas seperti yang diharapkan.

Terbaru, pada bulan Januari 2015 yang lalu, YB Dr. Xavier Jayakumar menganjurkan satu dialog Pencegahan Jenayah bersama penduduk Taman Sentosa, Klang dan menjemput pihak PDRM, MPK dan pemimpin setempat. Malangnya, walaupun jemputan telah diberi awal, pihak PDRM gagal menghadiri sesi dialog tersebut.

Dalam sidang media hari ini YB Dr. Xavier telah meminta mereka yang disamun dan telah membuat laporan polis supaya memberi salinan tersebut supaya dapat dipanjangkan kepada pihak PDRM. YB Dr. Xavier masih berharap supaya pihak polis bersetuju untuk mengadakan sesi dialog bersama-sama penduduk yang kini bimbangkan keselamatan kejiranan mereka.

Adakah pihak PDRM akan hadir pada sesi dialog akan datang? Atau mengambil serius laporan-laporan yang telah dibuat?



Di Taman Klang Jaya - Berjaya mendapatkan sijil kelahiran untuk dua kanak-kanak berbangsa India berumur 3 dan 6 tahun. Manakala 2 lagi kanak-kanak berbangsa Melayu telah berjaya mendapat sijil kelahiran sementara (hasil usaha selama 6 bulan dengan JPN) untuk memastikan mereka dapat bersekolah - sedang mengusahakan sijil kelahiran kekal untuk mereka. Terima kasih encik Tamilmaran yang membantu.


Media Alert / Hebahan Media

Sidang Akhbar YB Dr. Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas bersama penduduk kawasan Taman Sentosa, Klang mengenai Jenayah Pecah Rumah, Ragut, Samun & Ugutan yang semakin meningkat dan tidak dibendung.

Tarikh :  16 Februari 2015 (Isnin)

Masa   :  2:00 petang

Tempat:  Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Andalas, No. 15A, Jalan Mohd Tahir 8, Taman Sri Mewah 4, Off Jln Sg Jati, 41200 Klang.

Contact Person: En. Nordin Borhan 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR

Solidariti Bebas Anwar Ibrahim

Klang, 15 Februari 2015 - Orang ramai dan para penyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini berkumpul di Padang Chetty Klang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan buat Ketua Pembangkang itu setelah dipenjara buat hari keenam.

Himpunan bermula seawal jam 7 malam disertai YB Dr. Xavier Jayakumar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang, YB Manivanan, Ahli Parlimen Kapar, pemimpin-pemimpin setempat dan orang ramai dari pelbagai kaum, umur dan latar belakang.

Himpunan diakhiri dengan ucapan dari salah seorang anak Dato' Seri Anwar, Nurul Ilham pada jam 9.15 malam.

Himpunan solidariti ini akan diadakan disetiap malam di hadapan penjara Sg. Buloh dan ditempat-tempat lain seluruh negara. Kebangkitan rakyat menentang pemerintahan yang zalim tidak dapat dibendung lagi. #bebasAnwar






Klang, 15 Februari 2015 - Mengagihkan buah limau sempena Tahun Baru Cina di pasar pagi Taman Klang Jaya.





Menghadiri Majlis Tokong di Taman Sentosa

Gambar sekitar majlis di Tokong Taman Sentosa.





Klang 14 Februari 2015, Seramai 28 ibu tunggal dan 2 lelaki OKU terima sumbangan RM100 daripada PEKAWANIS sempena Tahun Baru Cina.



Klang, 14 Februari 2015 - YB Dr. Xavier menyampaikan sumbangan khairat kematian warga emas SMUE kepada 10 penerima di pejabat DUN Seri Andalas pada hari ini.






Stand Up For Change. Justice For Malaysia

Dear Brothers and Sisters,

I write to you at a time when our country is at the crossroads of change. The question is whether this change will propel us into a brighter future or whether we will remain suppressed and dictated to.

I say this because the time has come for us to play a role in the future of Malaysia. It is the ordinary rakyat who has the power to bring about change. We must have the courage to stand up and be counted because all is not well.

In light of what has happened to Sdr Anwar Ibrahim, who has played a crucial role in trying to bring about change the country badly needs, we must stand united and show support for him and his family.

From young we have been taught the difference between right and wrong. It is a time to stand up for what is right. Y.B. Charles Santiago (Member of Parliament for Klang) and I will hold a peaceful candle light vigil at Chetty Padang, Klang on the 15th Feb 2015, Sunday @ 7pm in solidarity not only for Anwar’s family but also for the future of our country.

I hope and pray you and your congregation will be present to show support for the change needed in Malaysia. COME with your friends and families. Stand united in a hope that the struggle for justice will prevail. Together ordinary Malaysians will make the difference.

Dr. Xavier Jayakumar
Vice President
Parti Keadilan Rakyat
Sungai Buloh, 12 Februari 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat serta orang ramai di Candle Light Vigil dihadapan penjara Sungai Buloh menunjukkan solidariti terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.









Keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah Liwat 2 adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Ini sekali gus menguatkan lagi dakwaan institusi kehakiman tidak bebas serta tunduk kepada tuan politik mereka yang rakus mahu mempertahankan kuasa dalam apa jua cara sekalipun. 

Lihat sahaja penghakiman yang dibuat berdasarkan dapatan mahkamah yang mendapati Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan bukti-bukti yang dibentang dan dihujah pihak pembelaan.  Seolah-olah memejamkan mata, telinga dan hati, mereka melangkah keluar meninggalkan tempat duduk masing-masing apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap didalam kamar. Apakah ini satu standard kehakiman yang cuba ditunjukkan oleh institusi kehakiman di Malaysia? Ketika sejarah hitam Nelson Mandela diadili di mahkamah oleh hakim-hakim rejim apartheid kulit putih pun, mereka duduk mendengar Nelson Mandela berucap selama 2 jam 15 minit!

Penghakiman yang jelas konspirasi politik terancang ini bukan sahaja dikecam oleh rakyat terbanyak di Malaysia, malah seluruh dunia. Mereka mengutuk penghakiman ini dan menyatakan kebimbangan atas ketidakadilan yang berlaku keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Jika ketidakadilan seperti ini boleh berlaku kepada individu seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, apatah lagi kepada rakyat biasa yang terbanyak.

Saya percaya konspirasi politik bertujuan mematikan kerjaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini tidak akan melemahkan kebangkitan rakyat malah menguatkan lagi semangat untuk berjuang menuntut keadilan.

Dengan kebangkitan rakyat ini, saya menyeru angota-anggota KEADILAN diseluruh negara dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu menguatkan jentera parti dan memperkukuh permuafakatan untuk memastikan kerajaan zalim Barisan Nasional ini ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang.


YB DR. XAVIER JAYAKUMAR
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

11 FEBRUARI 2015

Menghadiri Program di Tokong Datuk Panglima







Kampung Jawa, 7 Februari - Hampir 400 peserta menyertai program Jom Shopping sempena Tahun Baru Cina.

Program diadakan di pasaraya Econsave Kampung Jawa. YB Dr. Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang menjayakan program.








top