Nov 30, 2015

Kongress Nasional Tahunan Ke-11 2015 Parti Keadilan Rakyat

Gambar-gambar sekitar Kongress Nasional Tahunan Ke-11 2015 Parti Keadilan Rakyat pada 28-29 November 2015.











Program Jom Shopping Back to School

Pada 25 November yang lalu, Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas telah menjalankan program Jom Shopping Back to School.

Program ini telah dijalankan di pasaraya Giant Hypermarket Jalan Kebun. Penerima-penerima insentif program ini adalah anak-anak dari golongan berpendapatan rendah dalam DUN Seri Andalas.

Hadir bersama dalam program adalah Ketua Kampung Teluk Menegon, Tuan Ahmad Fahmi Hanapiah dan Ketua Kampung Kg Sg Kandis, Tuan Hj Miswan Hj Saleh.








Sep 18, 2015

Jemputan Media Ke Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja

MEDIA ALERT / HEBAHAN MEDIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JEMPUTAN MEDIA - KEADILAN Kota Raja akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 di peringkat Cabang, Angkatan Muda dan Wanita seperti butiran berikut:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN WANITA CABANG KOTA RAJA
Tarikh       : 19 September 2015 (Sabtu)
Masa         : 4.00 petang
Tempat     : Dewan Serbaguna Klang Jaya, Jalan Selampit 26, Taman Klang Jaya, 41200 Klang
Perasmi    : YB Haniza Talha, ADUN Taman Medan, Ketua Wanita KEADILAN Selangor

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG KOTA RAJA
Tarikh      : 19 September 2015 (Sabtu)
Masa        : 8.00 malam
Tempat     : Dewan Serbaguna Klang Jaya, Jalan Selampit 26, Taman Klang Jaya, 41200 Klang
Perasmi    : YBhg. Sdr Mohd Radzlan Bin Jalaludin, Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
YB Tn. Shuhaimi Bin Hj Shafiei, ADUN Sri Muda, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Negeri Selangor

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG KOTA RAJA
Tarikh       : 20 September 2015 (Ahad)
Masa        : 10.00 pagi
Tempat     : Dewan Serbaguna Klang Jaya, Jalan Selampit 26, Taman Klang Jaya, 41200 Klang
Perasmi    : YAB Tn. Azmin Ali, Menteri Besar Negeri Selangor

Sehubungan dengan itu, Tuan / Puan dijemput hadir membuat liputan.

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR

Sep 14, 2015

Sumbangan Untuk Peserta Haji

Sumbangan haji RM100 kepada 7 penerima oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, disampaikan oleh En. Fahmi, Ketua Kampung Telok Menegon.




Sep 13, 2015

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Hulu Langat

Hadir bersama Presiden, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah ke Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Hulu Langat pada 13 September 2015 yang bermula jam 2 petang di Dewan Orang Ramai Pekan Semenyih.







Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kapar

YB Dr. Xavier Jayakumar menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kapar yang diadakan pada 13 September 2015 jam 10 pagi di Kapar.






Sep 12, 2015

Seminar Motivasi Pelajar PSRA JAIS

Teluk Menegon, 12 September 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar meluangkan masa untuk menghadiri satu program motivasi untuk pelajar-pelajar di Teluk Menegon. Turut bersama dalam program adalah En. Fahmi, Ketua Kampung Telok Menegon.








Aug 15, 2015

Majlis Penyampaian Bayaran Skim Mesra Usia Emas

Klang, 15 Ogos 2015 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini menyampaikan bayaran Skim Mesra Usia Emas di Dewan Taman Klang Jaya.

Majlis yang bermula sejak pukul 9.00 pagi turut dihadiri Penghulu Mukim Jalan Kebun, Encik Abdul Wahab Othman dan Ketua Kampung Sungai Kandis, tuan Haji Miswan.