SHAH ALAM 29 DIS : Keadaan akan menjadi lebih ‘panas’ di dalam bangunan pada 2014 apabila pusat membeli-belah, bangunan tinggi dan pejabat akan meningkatkan suhu penyaman udara bagi mengurangkan kos elektrik.

Persatuan Pengurusan Kompleks Beli-belah dan Bangunan Tinggi Malaysia 400 ahlinya di seluruh negara untuk menetapkan penghawa dingin mereka pada suhu 23° C atau 24°C.
 
Menurut persatuan itu, penyaman udara melibatkan penggunaan tenaga yang terbesar iaitu kira-kira 65 peratus di dalam bangunan komersial.

Presidennya, H.C. Chan berkata, kebanyakan pusat membeli-belah di negara ini kini terlalu sejuk, dengan suhu antara 21°C hingga 23°C.
Taman Sentosa, Klang, 28 Disember 2013 - Seramai 200 orang murid mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma dalam satu program Gunting Rambut Percuma Back to School yang dianjurkan Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas dan Ahli Majlis MPK N49A.

Program ini diadakan di hadapan Pusat Aktiviti DUN Seri Andalas dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Setiap murid yang menyertai program ini diberi satu set alat tulis. Program mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penduduk sekitar membawa anak-anak mereka untuk menyertai program ini.

Program telah dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku ADUN Seri Andalas dan juga Ketua Cabang Parti Keadilan Kota Raja. Turut hadir adalah Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK dan Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada Akademi LaJoise dan Giat MARA yang menyumbang tenaga kerja menggunting rambut serta penghargaan kepada semua sukarelawan yang menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar semasa program dijalankan. Lebih banyak gambar DISINI.









Rakyat yang sudah dibebankan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta pemotongan subsidi kerajaan akan semakin panas apabila harga minuman dan makanan sejuk akan dinaikkan ekoran kenaikan harga air batu atau ais.

Persatuan Pembuat Tube Ice Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.

Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata, kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana anak tiri Perdana Menteri boleh membeli sebuah megapuri (penthouse) bernilai RM110 juta di New York.

Kenyataan ini dibuat ketika mengulas laporan pembelian satu unit kondomium mewah, megapuri, di New York oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Shahriz Abdul Aziz, 36.

Tian Chua berkata pendedahan itu amat mengejutkan ketika rakyat bergelut dengan kesukaran menghadapi peningkatan kos sara hidup.

"Ia amat mengejutkan dan kita persoalkan dari manakah dia mendapat wang sebanyak itu kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta," katanya kepada media hari ini.
SHAH ALAM 28 DIS: Kerajaan Pusat patut memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekaligus menubuhkan sebuah badan media yang bebas.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong, dalam satu kenyataan media berkata, akta itu mesti dimansuhkan kerana ia tundang-undang yang tidak boleh diguna pakai dan bertentangan dalam negara demokrasi moden.
 
Katanya, akta itu disalahgunakan apabila memberi ruang kepada pembelian, ugutan, menjejaskan serta menghukum media yang sepatutnya bebas daripada kuasa kerajaan.

“Pemansuhan akta itu tidak bermakna penerbit boleh menulis apa sahaja. Bagaimanapun bertitik tolak pada situasi kini, kerajaan perlu mempertimbangkan mewujudkan sebuah badan media bebas.
Sekumpulan NGO prokebebasan menganggap penggantungan mingguan The Heat oleh kerajaan menunjukkan bahawa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "musuh kebebasan".

Perkara itu dinyatakan dalam dalam kenyataan bersama Institut Kajian Dasar, Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) dan Akademi Pak Sako hari ini.

"Kami sebagai sebuah perkumpulan yang menjunjung idea kebebasan serta pembinaan sebuah masyarakat dan negara yang liberal mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan The Heat.

Menyampaikan Hadiah Krismas

21 Disember 2013 - Menyampaikan hadiah sempena Krismas di Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas.



Kempen Tolak GST Dilancarkan Esok

KUALA LUMPUR 19 DIS: Kempen membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 20 Disember ini di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Program yang bermula seawal 8 malam itu dinamakan ‘#Faham GST-Tolak GST’ dan bakal dihadiri tiga tokoh Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semua dijemput hadir.

Datuk Seri Najib Razak ketika membentang Bajet BN 2014 pada 25 Oktober lalu mengumumkan pelaksanaan GST dengan kadar enam peratus setahun berkuatkuasa 1 April 2015 walaupun ia dibantah rakyat Malaysia ekoran kesannya yang membebankan rakyat.
BUKU KECIL  Penerangan #fahamGSTtolakGST memberi penerangan menyeluruh mengenai mekanisme pelaksanaan GST dan kesannya kepada rakyat.
Video penerangan yang mengiringi Buku Kecil Penerangan #fahamGSTtolakGST AKAN dimuat naik dalam masa terdekat.

Saya akan terus mengusahakan video, risalah penerangan dan infografik untuk mendidik rakyat mengenai kesan GST kepada rakyat.

Untuk muat turun, KLIK SINI.
PANDAN 19 DIS: Harga barang keperluan harian tetap akan naik ekoran kos pengeluaran barang terbabit dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di setiap peringkat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata antara contoh adalah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui puluhan cukai GST di setiap peringkat.

Rafizi SACC black PKR“Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.

“Peniaga tak boleh membuat ‘tax return’ kerana beras adalah barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian.
PETALING JAYA 18 DIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menghalang kenaikan kadar tol di beberapa lebuhraya di Selangor melalui pegangan saham yang dimiliki Kerajaan Negeri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berikutan Kerajaan Selangor memiliki 30 peratus pegangan saham KESAS melalui anak syarikatnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) manakala SPRINT dan Lebuh raya Damansara Puchong (LDP) 20 peratus melalui Kumpulan Perangsang.
 
Beliau sudah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersetuju membawa isu itu dalam mesyuarat Exco dan arahan bakal dibuat kepada wakil Kerajaan Negeri dalam konsortium lebuh raya untuk menolak kenaikan tol.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan melakukan pengambil alihan tanah di pesisir sungai dalam usaha mengekang masalah banjir kilat di negeri itu.

Khalid berkata, beliau telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian bekerjasama dengan pejabat tanah berkaitan untuk mengambil tanah-tanah tersebut untuk pelebaran sungai.

Beliau juga meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenal pasti kawasan-kawasan sesuai di seluruh Selangor untuk dijadikan kolam tadahan air bagi menangani masalah banjir di negeri ini.
Lebih dari separuh responden yang ditinjau oleh pusat kajian Merdeka Center berkata mereka “tidak percaya dengan kenyataan kerajaan mengenai ekonomi”.
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka “amat tidak percaya” dengan kenyataan berkenaan.

Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.
SHAH ALAM 17 DIS : PKR membidas kenyataan angkuh Kerajaan Umno-BN yang tidak memikirkan tentang kebajikan rakyat dalam isu kenaikan tol.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berkata kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar meminta orang ramai menggunakan jalan biasa sekiranya kenaikan tol tinggi adalah tidak wajar dan menunjukkan kurang akauntabiliti.

Apa kata anda“Kami ingin mengingatkan Menteri Persekutuan yang tidak dipilih rakyat supaya berhenti merendahkan rakyat dan tidak angkuh membuat kenyataan,” kata Azmin dalam satu kenyataan media hari ini.
PETALING JAYA 17 DIS: Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan tahunan syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai sebanyak RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk 6 peratus kos menyelenggara.

Katanya, Syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatatkan keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.
Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).
Pada 15 Disember 2013 lepas, YB Dr Xavier Jayakumar selaku ADUN Seri Andalas telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ibubapa murid-murid di Tadika Rakyat di Taman Sentosa, Klang. Dalam majlis tersebut, penyampaian sumbangan peralatan sekolah telah dibuat oleh Ahli Majlis MPK, Encik PS Rajoo kepada 45 murid yang akan ke darjah satu pada tahun hadapan.





PETALING JAYA 16 DIS : PKR mendedahkan pelaburan Petronas berjumlah RM15.8 bilion di Kanada berisiko tinggi ekoran beberapa syarikat besar dunia yang melabur di dalam gas asli bantuan (shale gas) kerugian berbilion ringgit.
 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sepatutnya Petronas lebih berhati-hati memasuki industri itu ketika syarikat besar sedang mengalami kerugian besar.

Katanya, tiga syarikat besar yang mengalami kerugian itu antaranya syarikat gas asli terbesar Kanada iaitu Encana Corporation, syarikat British iaitu BG Group dan syarikat minyak dan gas Australia iaitu BHP.
SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.

Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.

Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
SHAH ALAM 16 DIS : Kerajaan Negeri sedang dalam usaha mencari jalan terbaik untuk diberi hak seterusnya mengendalikan dana Badan Amal dan Kebajikan isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) sebanyak kira-kira RM10 juta kepada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sebagai pemegang amanah, Badan Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) sepatutnya diberikan hak menguruskan dana itu.

Katanya, dana itu seharusnya dikendalikan dengan bertanggungjawab untuk menentukan dana diuruskan dengan betul.

“Kita akan mencari jalan terbaik untuk bagaimana harta yang sepatutnya menjadi milik PEKAWANIS yang tertinggal dulu dari Balkis tidak diuruskan dengan baik.
PETALING JAYA 16 DIS : Perayaan Hari Krismas 2013 anjuran Kerajaan Negeri Selangor di kompleks membeli-belah Citta Mall, Ara Damansara malam tadi, menerima sambutan memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.
 
Kira-kira 3,000 orang ramai termasuk masyarakat Melayu, Cina dan India hadir bagi meraikan perayaan terbesar masyarakat yang beragama Kristian yang bakal disambut pada 25 Disember ini.

Acara tahunan itu dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong serta Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.
Taman Seri Andalas, Klang, 15 Disember 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar hari ini hadir di majlis penutup Program Jelajah Santai Kota Raja anjuran ARC Kota Raja di Taman Rakyat, Taman Seri Andalas, Klang. Turut hadir adalah Sdr Azmizam Zaman Huri, Ahli Majlis MPK, Ustaz Uda Kassim, Ustaz Hafidz, ARC Selangor.






BANDAR TUN RAZAK, 15 DIS: Kesilapan Kerajaan Pusat dalam memeterai perjanjian dengan syarikat konsesi lebuhraya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip konsesi mengakibatkan rakyat terpaksa membayar lebih daripada sepatutnya.
 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan Kerajaan Pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini.

Katanya, ini kerana perjanjian konsesi lebuhraya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan lebih daripada kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan.
KUALA LUMPUR 15 DIS: Kerajaan menggunakan helah untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,

Beliau berkata, kerajaan sengaja menjadikan perjanjian konsesi dengan syarikat konsesi lebuh raya sebagai alasan utama  menaikkan kadar tol, sedangkan perkara itu masih boleh dirundingkan.

“Pihak kerajaan boleh berunding dengan pihak konsesi sebagai jalan mudah untuk tidak membebankan mereka dan rakyat.

“Jangan gunakan alasan bahawa pihak mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana perkara berkaitan kenaikan tol ini sudah terkandung dalam perjanjian,” katanya kepada Suara Keadilan.

Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya tegas menyekat kenaikan tersebut kerana lebuhraya yang bertol  juga dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan.
SHAH ALAM 15 DIS : Kerajaan Selangor menyatakan komitmen untuk tidak akan menaikkan harga air walaupun kadar caj elektrik dinaikkan Kerajaan Pusat mulai 1 Januari 2014.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pendekatan itu diambil ekoran mahu membantu meringankan beban rakyat.

“Walaupun Kerajaan Pusat mengambil langkah menaikkan caj elektrik tetapi Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga air,” katanya dalam ucapannya ketika lawatan kerja ke Rumah Puteri Arafiah Seksyen 7, di sini.

Hadir sama isterinya yang juga Yang diPertua Kebajikan dan Amal Wanita negeri (PEKAWANIS) dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Rumah Puteri Arafiah, Puan Sri Salbiah Tunut.
Taman Sentosa, Klang, 15 Disember 2013 - Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Raja hari ini mengenjurkan Program Jom Tukar Minyak Hitam Motosikal percuma.

Program telah diadakan di hadapan Pusat Aktiviti Dun Seri Andalas, Taman Sentosa, Klang. Sambutan orang ramai adalah baik dan sebanyak 200 motosikal diganti minyak hitam. YB Dr Xavier Jayakumar, Ketua Keadilan Cabang Kota Raja yang juga ADUN Seri Andalas mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang menjayakan program.











top