Kerajaan Negeri Selangor membantah rancangan Kerajaan Pusat melepaskan nyamuk aedes yang menjalani kejuruteraan / pengubahsuaian genetik, ‘Genetically Modified’ (GM) sebagai satu ujikaji penghapusan denggi. Sebarang bentuk eksperiman berkaitan pelepasan nyamuk GM ini menyebabkan risiko terdedah kepada ujikaji yang boleh mengakibatkan kesihatan awam dan alam sekitar terjejas.
Kerajaan Negeri Selangor ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak media terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai kewangan Kerajaan Selangor yang telah diedarkan kepada orang ramai, Isnin lalu.

Kami percaya laporan audit yang telah disediakan oleh pejabat Audit Negara bertujuan untuk penambahbaikan. Namun apa yang tergambar di media seolah-olah kerajaan negeri tidak mengurus dengan baik.

Agar rakyat tidak terkeliru, saya ingin membuat penjelasan seperti berikut.

Pertama: Urusniaga Penyata Penyesuaian Bank Kerajaan Selangor
Sejak 2002, Selangor telah gagal menyesuaikan (reconcile) urusniaga iaitu urusniaga tertuggak dalam penyata bank Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga 2009, urusniaga yang telah gagal disesuaikan berjumlah RM977.70juta. Mengikut pecahan, 2002-2003 sebanyak RM126 juta, 2004 (RM327 juta), 2005 (RM82 juta), 2006 (RM278 juta), 2007 (RM48 juta), RM61 juta pada 2008 dan RM56 juta pada 2009.

SANDAKAN 24 OKT - Ansari Abdullah, 56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.

Beliau merupakan seorang peguam yang  banyak membela kes-kes tanah di Sabah.

Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran, Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.

Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.

Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.
Belanjawan Selangor 2011 yang akan dibentang pada November depan berteraskan kepada belanjawan defisit sifar dan mengeratkan kerjasama ekonomi antara Kerajaan Negeri dan Pusat.

Penjimatan dari strategi defisit sifar ini dan pendapatan dari kerjasama Selangor-Putrajaya akan digunakan untuk memacu pembangunan semula kawasan bandar, mewujudkan sistem pengangkutan cekap dan membangunkan potensi komersil di sepanjang tebing Sungai Klang.

"Kerajaan negeri merasakan usaha pembangunan di Kuala Lumpur Raya adalah usaha yang patut mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri. Kita mahu bekerjasaman dengan Kerajaan Pusat untuk merangka dan melaksana sistem pengangkutan efisien yang memberi penekanan kepada pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa," kata Khalid.

Selain dari memanfaatkan program-program pembangunan yang direncana Kerajaan Pusat, Tan Sri Khalid berkata Selangor merancang untuk menjayakan beberapa projek yang direncanakan dalam pakej stimulus Selangor.
SHAH ALAM 20 OKT : Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, kerajaan yang seharusnya mengawal Dana Pencen Swasta, bukan dengan menyerahkan kepada pihak ketiga untuk menguruskannya.

"Syarikat-syarikat yang menguruskan Dana Pencen Swasta ini, matlamat mereka adalah untuk membuat laba atau keuntungan. Jadi, keutamaannya ialah keuntungan," kata Syed Shahir. "Jika berlaku sesuatu, siapa yang akan menanggung? Sudah tentu negara.

Jika negara yang perlu menanggung, tiada maknalah perkara (Skim Pencen Swasta) ini. Lebih baik negara yang buat," jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian ketika dihubungi TV Selangor bagi mendapatkan pandangannya berkenaan rancangan kerajaan untuk menggalakkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur di dalam Dana Pencen Swasta.

 "Pengalaman yang berlaku di beberapa negara seperti Argentina, Chile malahan di Amerika sendiri apabila Skim Pencen Swasta ini gagal.

 "Ertinya bila ia menghadapi masalah, maka pemerintah terpaksa mengambil alih dan menanggung apa juga beban yang ditanggung oleh syarikat-syarikat ini, kerana untuk kepentingan-kepentingan pencarum," jelasnya. 

Kuil Baru Seksyen 23, Siap November Ini

SHAH ALAM, 20 Nov – Pembinaan bangunan baru kuil di Seksyen 23 di sini dijangka siap sepenuhnya November ini.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pembinaan bangunan baru itu akan dibina seperti bangunan asal dengan penambahan kekurangan yang ada pada bangunan lama.

Menurut Rodziah, beliau berpuas hati dengan keputusan yang dibuat dan memngambil kira semua maklumat daripada pihak yang terlibat serta mengambil kira kepentingan semua pihak.

Rodziah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga menegaskan, isu pemindahan kuil yang ‘panas’ seketika dulu sebenarnya bukan berdasarkan isu agama semata-mata.

Sebaliknya ia merupakan satu persepsi yang silap dan sengaja dipolitikkan oleh golongan tertentu.

Batu Sapi: PKR akan wakili Pakatan Rakyat

 
 
 
Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pilihan raya kecil Batu Sapi pada 4 November in akan diwakili oleh calon daripada PKR.

Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

“Pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa calon PKR akan mewakili Pakatan dan kita akan umumkan (berhubung siapa calonnya) tidak lama lagi.

“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” katanya.

Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.

Dr Xavier Bertanding Jawatan Naib Presiden PKR

Petaling Jaya - YB Dr Xavier Jayakumar telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat pada Pemilihan Peringkat Pusat 2010. Borang pencalonan dan ucapan penerimaan beliau telah diserahkan kepada Ibu Pejabat PKR pada Hari Penerimaan Pencalonan yang berlangsung semalam.

Bertempat di sekitar berhampiran ibu pejabat parti, penyokong-penyokong beliau telah pun hadir seawal pukul 9 pagi bagi menyatakan sokongan kepada beliau.

Kira-kira pukul 10.30 pagi Dr Xavier Jayakumar telah hadir ke tempat pencalonan. Bersama-sama penyokong setianya dari cabang Kota Raja, beliau berarak bersama-sama calon lain iaitu calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden parti iaitu YB Azmin Ali dan calon bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, YB Shuhaimi Shafiei.

SPR Umum PRK Serentak Bagi Galas, Batu Sapi

PUTRAJAYA 15 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah manakala 26 Oktober sebagai hari penamaan calon.

Dengan keputusan itu, pilihan raya kecil kerusi DUN Galas di Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah akan diadakan serentak sebagaimana diamalkan awal tahun lalu membabitkan tiga kawasan.

Pada minggu lalu, SPR menetapkan pilihan raya kecil kerusi Galas akan diadakan 4 November.

Tarikh pilihan raya kecil yang ke-13 ini diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mesyuarat khas hari ini.

Kerusi Batu Sapi kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah pada Sabtu lalu.

Chong yang juga Bendahari Agung PBS meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

PKR Bakal Bertanding di Batu Sapi?

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan bahawa parti itu bakal diletakkan sebagai wakil calon dalam menghadapi pilihan raya di Batu Sapi kelak.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini satu mesyuarat akan diadakan esok di ibu pejabat PKR negeri dengan dihadiri anggota parti dan ketua-ketua cabang yang terpilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) sebelum ini.

Thamrin juga tidak menolak sebarang kemungkinan PKR bakal diberi mandat itu, namun menyerahkan segala keputusan kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

"Lebih 50 orang bakal menghadiri mesyuarat itu di Penampang esok malam dan fokus utama perbincangan berkisar mengenai persiapan PKR negeri dalam pilihan raya di Batu Sapi.
Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini.
 
Ramai yang mungkin tertanya mengapa saya mahu masuk bertanding dalam pemilihan yang telah banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti sendiri. Saya melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi.

Seperti yang saya katakan minggu lalu, perkembangan ini tidak sihat untuk parti dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.
 

PRK DUN Galas 4 Nov, Penamaan Calon 26 Okt

PUTRAJAYA 6 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 4 Nov sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas, jika ada pertandingan, manakala penamaan calon pada 26 Okt.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Negeri Kelantan pada 28 Sept lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N.45 Galas, Kelantan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima pada 27 Sept.

"Berikutan itu, SPR mengadakan mesyuarat khas mengenainya hari ini dan menetapkan satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 Sept lepas.



SHAH ALAM, 6 Okt – Kerajaan Selangor hari ini mengulangi pendiriannya bahawa projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) tidak perlu disegerakan dengan alasan bekalan air untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi sehingga 2019.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan pusat yang mendahulukan projek loji rawatan itu seolah-olah ia amat penting dalam menyelesaikan masalah perkhidmatan air di Selangor.

“Jikapun pembinaan itu bermula hari ini, ia hanya akan dapat beroperasi dalam masa tiga tahun. Ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pada hari ini.

“Oleh itu adalah lebih tepat jika Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Datuk Seri Peter Chin Fah Kui) menyelesaikan rundingan penstrukturan semula (industri air di Selangor) dalam masa dua bulan ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Selasa 5 Oktober, 2010, Seksyen 11, Shah Alam - Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar  telah membuat laporan polis terhadap salah seorang calon yang tewas dalam Pemilihan Cabang Kota Raja yang dikatakan membuat laporan palsu terhadap beliau berkaitan kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan cabang Kota Raja yang berlangsung pada 26 September, 2010 yang lepas.

Ekoran kejadian tersebut, calon tersebut (seorang peguam) kemudiannya telah membuat laporan polis mengatakan beliau telah  dikasari dan telah dicederakan oleh Dr. Xavier dalam kekecohan yang berlaku di dalam dewan tersebut..

Dalam laporan polis yang dibuat oleh Dr. Xavier di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 4.00 petang tadi, beliau menafikan sekeras-keras tuduhan yang dibuat oleh calon tersebut dan sebaliknya mengatakan bahawa calon tersebut telah membuat laporan polis palsu terhadapnya kerana katanya lagi beliau langsung tidak berada berhampiran calon, jauh sekali untuk mencederakan beliau semasa kekecohan di dalam dewan tersebut.
KUALA SELANGOR, 2 OKT – Latihan kemahiran adalah jalan penyelesaiannya. Itu tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di hadapan kira-kira 200 pelajar Kolej Antarabangsa INPENS di Kuala Selangor hari ini.

Khalid Ibrahim berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Kemahiran Teknikal Kolej Antarabangsa INPENS sessi kemasukan Julai 2010 kepada 184 orang daripada 10 bidang kursus kemahiran teknikal.

“Untuk mengatasi masalah kemiskinan ialah bukan kepada cara kebajikan, jawapan ialah kepada pekerjaan, kebolehan dan keupayaan, rakyat yang mempunyai kemahiran sudah dapat bekerja di luar negara,” katanya.

Turut hadir di majlis penyerahan surat tawaran ini ialah Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr  Xavier Jayakumar, Pengerusi Kolej Antarabangsa INSPENS Datuk Md Mydin Md Sheriff, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor Tuan Haji Haris Kassim.

Pada masa ini, pelajar di Kolej Antarabangsa INPENS dibiayai oleh kerajaan negeri sebanyak RM6550.00 seorang bagi program kemahiran teknikal peringkat sijil kemahiran selama enam bulan pengajian.

Pak Kudus, Pengasas KEADILAN Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 1 Okt - Salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat yang gigih dan komited, Abdul Kudus Omar meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat serangan jantung hari ini.

Beliau meninggal dunia kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di Institut Jantung Negara setelah dimasukkan ke Unit Penjagaan Intensif (ICU) sejak meinggu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Kudus pernah memegang jawatan Ketua Cabang Tanjung Karang sebelum memberi laluan pada pemilihan kali ini.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian Pak Kudus sebagai satu kehilangan besar keluarga KEADILAN.

"Pak Kudus salah seorang pengasas yang menentang arus semasa tercetusnya reformasi. Beliau sanggup berceramah di tengah-tengah sawah atas lori.
top