Nov 29, 2009

Tindakan Ketat Kepada Individu Yang Menyebabkan Denggi Di Selangor




Shah Alam , 29 November - Penyakit demam denggi yang masih belum berkurangan di Selangor semakin menunjukkan peningkatan ekoran musim hujan yang berlarutan akhir-akhir ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata,  justeru itu tindakan ketat akan dikenakan kepada individu yang  gagal menjaga kebersihan kawasan dan menyebabkan denggi berlarutan.


Majlis Berkhatan Beramai-ramai MPP Zon 15 Meriah




Shah Alam , 29 November - Seramai 37 orang kanak-kanak hari ini mengikuti Program Berkhatan Beramai-ramai di Zon 15 Shah Alam sempena musim cuti sekolah.

Program ini bertujuan bagi melaksanakan tuntutan syarak dan ibadah “sunat muakkad”  secara berjemaah, sekaligus menghilangkan perasaan takut dan bimbang di kalangan kanak-kanak semasa berkhatan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar selaku Ahli

Nov 28, 2009

60 Anak Pekerja Myanmar Dapat Pendidikan Percuma

Program komuniti dengan kerjasama gereja Saint Barnabas memberi bantuan pendidikan percuma kepada 60 anak-anak pekerja asing dari Myanmar yang menetap di negara ini.

Ini berikutan kanak-kanak tersebut tidak berpeluang bersekolah di sekolah awam.

“Pusat Komuniti Saint Barnabas ada sekolah untuk kanak-kanak Myanmar macam budak ini. Semua kanak-kanak ini, mereka adalah pelarian. Mereka tidak boleh pergi ke

Selangor Akan Beli Rumah PPRT Dari Bank Untuk Bantu Rakyat

Kerajaan Negeri Selangor akan membeli unit-unit rumah Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) yang akan dilelong bank sekiranya hutang-hutang sewa tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh terdekat.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar, isu ini sedang dibincangkan oleh kerajaan negeri untuk mencari jalan membantu penghuni-penghuni PPRT di Selangor.


Nov 27, 2009

BN-Umno Dalang Perpecahan Kaum India Di Malaysia




SHAH ALAM, 27 Nov - Exco Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata Umno dan parti suruhan MIC mendalangi perpecahan kaum India di Malaysia.

Ketika dihubungi Tv Selangor, Xavier melahirkan kekesalan dengan isu ini dan berkata kaum India bukan sahaja berpecah sama sendiri, bahkan terpisah daripada kaum lain.

Statistik menunjukkan kadar kemiskinan dan belia bermasalah dalam masyarakat India amat tinggi.

Nov 26, 2009

Perutusan Aidil Adha daripada YB Dr Xavier Jayakumar

Bersempena dengan sambutan Aidil Adha yang mulia ini, saya bagi pihak seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Warga Selangor, Muslimin dan Muslimat serta rakyat Malaysia amnya.

Bagi mereka yang merancang memandu untuk balik kampung, saya berharap mereka akan memandu dengan cermat dan berhati-hati dan saya mendoakan agar mereka sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Nov 25, 2009

SELPROA Tolak Kepimpinan Najib






Kami, sekumpulan pembantu-pembantu politik Pakatan Rakyat Selangor, masih memperingati tragedi rakan seperjuangan kami mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Inspirasi daripada Beng Hock, seorang yang aktif di dalam kesatuan wartawan-wartawan sebelum menyertai Kerajaan Negeri Selangor, kami telah menubuhkan Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Selangor (SELPROA) yang mana berdiri teguh dalam melindungi

Nov 21, 2009

Kerajaan Komitted Bantu Anak Kecil Jantung Berlubang




Sabak Bernam, 21 November 2009 - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor komitted untuk membantu anak kecil, Amirul Ilham Bin Mohd Fadil, berusia 3 bulan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit jantung berlubang yang sedang dihadapinya.

Ini dinyatakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga Pengerusi jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin kepada ibubapa anak tersebut selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan persekolahan

Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Anak Yatim, Pelajar Miskin dan Anak-anak Pekerja Ladang





Sabak Bernam, 21 November 2009 - Bertempat di asrama anak yatim Sungai Kendi, Batu 36, Sabak Bernam, sebuah program penyampaian bantuan persekolahan telah diadakan untuk anak-anak yatim, pelajar miskin serta anak-anak pekerja ladang.

Bantuan persekolahan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini telah disampaikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar.

Nov 20, 2009

Pemimpin Pakatan Rakyat Selangor Sokong Tindakan Mahkamah Tinggi




Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dibenarkan membuat siasatan waktu malam mendapat respon positif dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Rata-rata yang ditemui menyokong tindakan itu dan dilihat ia sebagai pengajaran kepada SPRM untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, SPRM

Nov 19, 2009

Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Anak Yatim dan Anak-anak Pekerja Ladang

Media Alert

Program Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Anak Yatim, Pelajar Miskin dan Anak-Anak Pekerja Ladang


Tarikh : 21 November 2009 (Sabtu)

Tempat : Asrama Anak Yatim Sungai Sekendi, Batu 36, Sabak Bernam

Waktu : 3.00 Petang

Contact Person: 
Encik Talib  (019-4277034)
Encik Veera (016-2816229 / 018-2436243)

YB Dr. Xavier akan seterusnya akan menyertai 50 orang pelajar tersebut ke Pekan Sabak Bernam untuk membeli pakaian seragam dan beg sekolah.

Semua Editor Media dan Wartawan dijemput Hadir

JSML Tuntut Menteri Tarik Balik Pembohongan Isu Gaji Pekerja Ladang




KUALA LUMPUR, 19 Nov: Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) menuntut agar Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernald Giluk Dompok menarik balik kenyataannya berhubung gaji pekerja ladang di Malaysia yang didakwa satu pembohongan.

Bernald digesa membuat permohonan maaf secara terbuka atau memberikan hujahnya di luar parlimen agar tidak terlindung dalam imuniti parlimen mengenai kenyataannya bahawa pekerja ladang di Malaysia menerima gaji bulanan antara RM870-RM1,700 iaitu lebih tinggi dari garis kemiskinan luar bandar peringkat nasional iaitu sebanyak RM720

Nov 18, 2009

Sikap Penduduk Punca Banjir




Klang - Sikap sesetengah pihak termasuk penduduk dilihat menjadi salah satu punca utama berlakunya banjir di Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya,

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), M Suntharajoo berkata, perkara itu terbukti apabila pihaknya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengadakan lawatan ke situ bagi meninjau masalah banjir yang sering dialami oleh penduduk sejak kebelakangan ini.

Nov 17, 2009

Tahniah Syed Husin Ali & S Ramakrishnan Senator Baru Selangor




Dr Xavier Jayakumar mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali dan S Ramakrishnan kerana dipilih oleh Dewan Negeri Selangor sebagai Senator mewakili Selangor dalam Dewan Negara selama tiga tahun.

Dengan kelayakan akademik dan pengalaman sosial yang memadai, kedua-dua Senator baru itu akan dapat mempertingkatkan peranan Dewan Negara dalam memastikan keutuhan Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang.

Selangor Akan Tubuhkan Pusat Komuniti Wanita

Kerajaan negeri Selangor dibawah Jawankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita akan menubuhkan Pusat Komuniti Wanita bagi menempatkan suri rumah dan ibu tunggal.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, pusat komuniti itu akan bertindak sebagai tempat ibu-ibu tunggal itu berbincang, berkongsi masalah dan melakukan aktiviti ekonomi.

Bagaimanapun, hanya sepuluh Dewan Undangan Negeri sahaja yang akan terlibat menubuhkan Pusat Komuniti ini.

Dr Xavier: Lakukan Kajian Menyeluruh Atasi Denggi di Selangor

Kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha keras membanteras segala bentuk penularan wabak dalam negeri ini yang meragut nyawa.

Ia berikutan Bandaraya Shah Alam mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi berbanding majlis-majlis daerah lain di seluruh Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sudah menjalankan beberapa kajian menyeluruh bagi mengatasi denggi ini.

Nov 16, 2009

Tindakan Bijak Pakatan Rakyat Lantik Anwar Penasihat Ekonomi Selangor




YB Dr Xavier Jayakumar hari ini membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan pengumuman perlantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.

"Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu," adalah antara kata-kata Dr Mahathir yang dipetik dari Malaysiakini.

Beberapa pemimpin UMNO dan BN juga mengkritik perlantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan

MBSA Catat Kes Denggi Tertinggi Di Selangor

SHAH ALAM, 16 NOV -  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan jumlah kes denggi yang paling tinggi di Selangor iaitu 2,295 setakat 28 Oktober lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja-pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatat 1,733 kes denggi pada tempoh yang sama diikuti Majlis Perbandaran Klang (1,733 kes), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (1,581 kes), Majlis Perbandaran Kajang (1,408 kes), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) (1,116 kes) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) (708 kes).

Syarikat Perladangan Milik MIC Abaikan Pekerja-pekerja India di Ladang Tumbuk

Ladang Tumbuk adalah dimiliki oleh  Syarikat  Maika Holding Berhad (anak syarikat milik MIC)  dan bekas  pekerja-pekerja ladang tersebut memerlukan rumah kediaman seperti yang dijanjikan.

Pada 12hb September 2009, Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier Jayakumar  telah melawat ke Ladang Tumbuk  dan pekerja-pekerja menyerahkan sebuah memorandum.

Dalam memorandum tersebut mengandungi beberapa perkara penting seperti masalah perumahan yang dihadapi oleh para pekerja Ladang Tumbuk.


Nov 15, 2009

Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Nov 14, 2009

Anwar Kini Penasihat Ekonomi Selangor

Menteri besar Selangor mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat lantikan rasmi akan diserahkan kepada bekas menteri kewangan itu selepas jawatankuasa exco bermesyuarat minggu depan.

Bercakap dalam sidang media semalam, beliau berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.


Nov 13, 2009

Program Kerajaan Prihatin Tidak Bezakan Kaum Dan Bangsa

Kerajaan negeri dibawah Program Kerajaan Prihatin tidak pernah membezakan dan mengambil kira faktor bangsa, agama dan kaum dalam menyalurkan sebarang bentuk bantuan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata isu perbezaan kaum tidak timbul kerana bantuan yang diberikan samarata.

Terutamanya dalam menangani permasalahan penempatan dikalangan mereka yang tidak berkemampuan dalam memiliki kediaman yang selesa untuk didiami.

Teks Ucapan Penggulungan Dewan Negeri Selangor 20 November 2009

TEK UCAPAN 
YB DR XAVIER JAYAKUMAR SEMASA SESI PENGULUNGGAN DEWAN NEGERI SELANGOR PADA JUMAAT 20 NOVEMBER 2009

Terkini kita sedar bahawa ekoran dari kemelesetan ekonomi global yang melanda maka berlakulah peningkatan kadar Kemiskinan Bandar ( dengan izin urban poverty) di seluruh negara lebih-lebih lagi di Negeri Selangor.

Kita mendapat “feedback” (dengan izin) bahawa begitu ramai dari golongan ini telah datang ke pejabat-

Isu Sekolah Tamil Midland di I-City

Yang Berhormat Dun Sungai Burong telah membangkitkan isu tanah sekolah Tamil Midlands yang menyalahkan kerajaan Pakatan menjual tanah sekolah Tamil di I-CITY. Untuk makluman tuan-tuan sekalian, kerajaan Pakatan lebih prihatin dan menitikbaratkan maslah-masalah yamg dihadapi oleh  masyarakat ladang. Itulah sebab kerajaan bercadang membina sebuah sekolah Tamil yang moden dan serba canggih di tapak di mana sekolah Tamil sedia ada. Ini akan memudahkan ibu bapa dan anak-anak berulang alik ke sekolah yang dekat dengan kediaman mereka.

Ucapan Penggulungan Bajet 2010, Sekolah Tamil & Rumah Ibadat Bukan Islam


Ucapan Penggulungan

Terkini kita sedar bahawa ekoran dari kemelesetan ekonomi global yang melanda maka berlakulah peningkatan kadar Kemiskinan Bandar ( dengan izin urban poverty) di seluruh negara lebih-lebih lagi di Negeri Selangor.

Kita mendapat “feedback” (dengan izin) bahawa begitu ramai dari golongan ini telah datang ke pejabat pejabat Adun di seluruh negeri Selangor untuk memohon bagi mendapatkan bantuan makanan, sarahidup serta mencari peluang-peluang pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga mereka.  Keadaan ini begitu “ alarming” dengan izin) kerana sekiranya kita tidak dapat mengawal serta membendongnya secara ianya akan meningkatkan lagi kadar gejala sosial dan jenayah di Negeri ini.

Nov 12, 2009

Selangor Iktiraf Khidmat Cemerlang Teoh Beng Hock

Kenyataan Media
12 November 2009


SELANGOR IKTIRAF KHIDMAT CEMERLANG TEOH BENG HOCK

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memberi penghargaan kepada mendiang Teoh Beng Hock atas khidmat cemerlangnya ketika bertugas sebagai setiausaha politik kepada ahli EXCO kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah.

Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ean Yong Hian Wah

Bajet 2010 Berimbang dan Memberdaya Wanita Selangor




KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh:  11 November 2009

BAJET 2010 BERIMBANG DAN MEMBERDAYA WANITA SELANGOR

Wanita KEADILAN merasa teruja, dan dalam masa yang sama terharu, dengan ucapan Bajet 2010 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim – khususnya yang menyentuh penegasan dan komitmen untuk melaksanakan dasar minimum 30 peratus kepimpinan wanita di semua peringkat pembuat keputusan

Nov 11, 2009

Kesedaran Diabetes Masih Rendah

Dua diarah ke hospital selepas buat pemeriksaan di Program Kesihatan

USJ - Kesedaran mengenai penyakit kronik dalam kalangan penduduk Subang Jaya masih rendah apabila program pemeriksaan kesihatan dijalankan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya baru-baru ini mendapati ramai diantaranya adalah penghidap diabetes.

Apa yang membimbangkan kesemua mereka yang didapati menghidap penyakit itu sebelum ini tidak membuat pemeriksaan sehingga ada yang tidak mengetahui mengenainya.


1Malaysia Sekadar Retorik BN: Xavier

Batu Caves - Gelombang tsunami politik yang melanda negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu dianggap satu perubahan yang besar dalam negara dan kemungkinan akan berlaku lagi pada PRU-13.

Pengerusi Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, berkata, senario yang berlaku menunjukkan keadaan politik sekarang telah berubah berbanding 50 tahun lalu dan rakyat mengharapkan lagi perubahan pada masa akan datang.

Menurutnya Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak mudah terpedaya dengan sandiwara yang dimainkan kerajaan Barisan Nasional, (BN).

Nov 10, 2009

Wheelchair to little Yasin



Today during lunch-break, Janice (ADUN Teratai) and I managed to meet little Yasin and give him his wheelchair, that his Dad had applied for. The wheelchair cost RM 750, and was purchased via Standco Kerajaan Prihatin.






JIM: Bukan Islam Harus Masuk masjid



Seseorang bukan Islam tidak dilarang memasuki masjid jika niatnya baik dan dibenarkan orang Islam kecuali Masjidil Haram di Mekah, kata Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Beberapa tokoh utama tersohor dalam pemikiran Islam tidak melarang orang Islam berbuat demikian kecuali di tanah haram tersebut, kata Yang Dipertua JIM Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi.

"Menurut pandangan majoriti para ulama termasuk Imam Malik, Syafie dan ulama fiqh yang lain, adapun larangan khusus bagi bukan Muslim daripada memasuki masjid hanyalah terhad kepada Masjidil Haram di Mekah dan kawasan tanah suci di sekitarnya berdasarkan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 28,"

Rumah Ibadat di Selangor Mesra Penganut Islam



Satu garispanduan telah ditetapkan dalam piawaian perancangan negeri Selangor bagi memastikan rumah ibadat bukan Islam dibina lebih tersusun dan mesra kepada penganut beragama Islam di negeri itu, kata exco kerajaan negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau menegaskan demikian ketika menjawab soalan lisan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR- Seri Setia) dalam sidang DUN Selangor pagi ini.

Dr Xavier berkata, piawaian tersebut antara lain menetapkan supaya ruang untuk membina rumah ibadat bukan Islam disediakan untuk sesuatu kawasan yang didiami sekurang-kurangnya 2,600 orang yang

Nov 9, 2009

Forum: The 2010 Budget - Is It Really Pro-Rakyat?


Forum: The 2010 Budget - Is It Really Pro Rakyat?

Date: 10 November 2009 (Tuesday)
Time: 8.30PM
Venue: Lady of Lourdes Church, Jalan Tengku Kelana, Klang

Speakers:
1. Dr Jeyakumar
2. YB Charles Santiago
3. YB Dr Zulkifli

All welcome.

Press Conference on Tamil School Project Supported By Selangor Govermenent

MEDIA ALERT

Press Conference: Novel Tamil School Projects Supported By Selangor Government




In its effort to address poor performance of Tamil school children, Selangor State Goverment had allocated RM 4M for 97 Tamil schools in Selangor. A sum of RM 1.6M was given to three NGOs as grants to undertake innovative programmes.

This press conference will be addressed by the representatives from the State Goverment, Parliament members and participating NGOs. The issues include, transparency and accountability of the funds, explanation on the programmes and interaction between programme initiators and media.

Date: 9 November 2009 (Monday) TODAY
Time: 3.00 PM
Venue: Lotus Restaurant Meeting Room, Lotus PJ State (Cinema)

Contact Person:   

-      Elantamil          012-3143910
-       Soorian             016-2108770
-       Pasupathi         012-2245514

Your participation and coverage is very much appreciated.

Thank You.

Nov 8, 2009

Dr Xavier Mahu Penjelasan Dari Tokoh Agama Isu Masjid


Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar hari ini mahu penjelasan daripada beberapa tokoh agama negeri ini berhubung tindakannya berucap di dewan utama masjid di Taman Andalas, Ogos lalu.

Menurutnya penjelasan terperinci perlu supaya ia jelas kepada umat Islam dan bukan Islam negeri ini bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

“Saya rasa lebih baik Jais dan juga siapa-siapa yang berkenaan ini dapatkan komen atau jawapan dari tokoh-tokoh agama Islam di dalam negeri Selangor dengan ucapan yang saya buat sebagai seorang bukan Islam di dalam satu masjid dan surau.”

Nov 7, 2009

Asri Has Taken Another Shot at JAIS


By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Nov 6 — Controversial former Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin continued his campaign against his persecutors, the Selangor Islamic Affairs Department (Jais), by calling the agency extremists for not allowing non-Muslims to enter mosques in the state.

He had previously said that Jais should do away with "authorisation" letters for preachers as it goes against the freedom of expression, even within Islam.

This time he picked on Jais director Datuk Mohamed Khusrin Munawi who told Utusan Malaysia that

JAIS Jangan Berfikiran Sempit: Dr Asri

Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengkritik lagi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menasihatkannya agar tidak berfikiran sempit berhubung isu tindakan terhadap sebuah masjid yang mengundang exco kerajaan yang bukan Islam berucap di dalamnya.

Menggesa jabatan agama itu membebaskan dirinya daripada pemikiran sempit, bekas mufti Perlis itu berkata, hujah yang diguna pakai Jais yang menyamakan orang bukan Islam dengan wanita berhaid sebagai "pandangan segelintir sarjana Islam yang tidak mantap".

"Kenapakan pihak Jais tidak memilih pandangan yang lebih mantap dan lebih luas? Orang kafir, orang bukan Islam pun masuk berjumpa dengan Nabi Muhammad dalam masjid.

Nov 6, 2009

AJK Masjid Pertahan Tindakan Jemput Dr Xavier Berucap




Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.

Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.

Dr Xavier: Memenuhi Undangan dan Bukannya Berceramah




Dakwaan beberapa blog bahawa YB Dr Xavier Jayakumar berceramah di sebuah masjid di Taman Sri Andalas pada bulan Ramadhan yang lepas adalah tidak tepat.

Sebagai ADUN Sri Andalas yang merupakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat DUN Sri Andalas, beliau hadir ke masjid tersebut bagi memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat.

Dr Xavier hanya memberikan ucapan alu-aluan dan tidak memberi sebarang 'ceramah' seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa blog.

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor 2009

 
 
 
Kerajaan Negeri Selangor menjemput saudara/saudari untuk bersama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor yang akan diadakan pada:

Tarikh: 06 Disember 2009 (Ahad)

Masa: 6.00 malam - 11 malam

Tempat: Padang, Sultan Suleiman, (Kota Raja), Klang

Nov 5, 2009

Masih Ramai Tiada Sijil Kelahiran




Semenyih - Ahli Jawatankuasa (AJK) Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Lee Kai Meng berkata, permasalahan ketiadaan sijil kelahiran bagi masyarakat India di DUN itu boleh dikategorikan banyak.

Kai Meng berkata, sebanyak 20 kes yang sedang diuruskan sehingga kini dan kesemuanya adalah terdiri daripada masyarakat India.

"Kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran akan mula dihantui masalah ketika mereka memasuki sekolah menengah, sekali gus tidak membolehkan mereka memohon kad pengenalan."